Search This Blog

Thursday 2 June 2011

JAUNDICE......common for newborn nowadays...

ASSALAMUALAIKUM n GOOD MORNING MOMMIES...............

Sue apply cuti hari ni. Parents and semua ahli2 keluarga pegi kenduri kawen abang sedara kat penang. So kenela take turn jaga ARFA. Today ARFA woke up at 6.00am. pagi2 lagi dah menjerit mintak dukung bawak pegi jalan2. 7.00am sue masukkan ARFA dalam stroller and pusing2 kat taman sekeliling area umah. HAAAAAA.....FRESH AIR. Tetiba teringat plak masa dalam confinement dulu, ARFA selalu kene jemur waktu pagi sebab JAUNDICE.

What is JAUNDICE? jaundis terjadi kepada 50% of newborn baby pada awal2 kelahiran. Jaundis happens when darah baby mengandungi tahap bilirubin yang tinggi. Jaundis terbahagi kepada 2 iaitu FISIOLOGI jaundis dan PATOLOGI jaundis. Fisiologi jaundis tak berbahaya tetapi Patologi jaundis berisiko tinggi kepada baby. Baby akan kelihatan kuning pada kulit dan juga putih mata. Jaundis selalunya tak berbahaya dan akan hilang dalam masa 1-2 weeks. Tetapi kisah SUE dgn ARFA lain plak. Jaundis ARFA pada tahap yg sgt kritikal sekitar 25mg/L. ARFA termasuk dalam golongan jaundis berisiko sebab KUMPULAN DARAH IBU DAN ANAK TAK SAMA. Syukur kepada ALLAH, SUE n HUBBY tergerak hati bawak ARFA pegi hospital. Kalau lambat bawak kemungkinan ARFA akan kene tukar darah untuk mengurangkan risiko kecacatan otak.

First day dalam NICU,sedih tgk ARFA kene jemur bawah UV light tak pakai baju. ARFA masa tu sangat kecik. berat turun dr 2.35kg to 2.15kg. ARFA menangis tak berenti dari malam sampai pagi. SUE terpaksa bagi susu guna syringe sbb xboleh angkat selalu baby dr bawah lampu.Nurse suruh perah susu tapi susu badan xkeluar langsung jadi terpaksa mintak nurse susu tambahan. Hari ke-2 dalam wad hujan turun dari awal pagi. Temperature wad time tu sgt sejuk even SUE pakai baju 2 3 lapis boleh rasa sejuk.ARFA menangis non-stop sbb sejuk sampai minum susu pon xnak.

Alhamdulilah hari ke-3 dalam wad, jaundis ARFA pada tahap yang stabil and boleh masuk observation wad. Sue langsung tak tido selama 48 jam sebab risau terlajak tido n tak bagi susu kat ARFA on time. Hari ke-3 doctor check darah ARFA n lega dah boleh kuar wad. Tapi kami kene buat follow up kat klinik kesihatan. Walaupon dah stabil, Jaundis ARFA hilang agak lama dalam masa 1bulan lebih. Alhamdulillah skang ARFA sihat berat badan pon naik n makin beisi.

KATEGORI JAUNDIS BERISIKO : -
  • Kumpulan darah IBU dan ANAK tak sama atau IBU berkumpulan darah negative ( rhesus negatif atau ibu berdarah 'O')
  • G6PD berkurangan pada baby
  • Jangkitan kuman pada baby
KESAN JAUNDIS PADA BABY KALAU TAK DIRAWAT:-
  • Pendengaran baby akan terjejas sekiranya jaundis pada tahap yg tinggi tak dirawat
  • Kerosakan otak yg teruk (kernicterus)
CARA MENGAWAL JAUNDIS BERISIKO:-
  • Segera bawa jumpa DOC sekiranya jaundis mula berlaku. selalunya baby tak kan masuk wad kalau tahap bilirubin tak tinggi. tapi bagi yg tergolong dalam jaundis berisiko akan masuk NICU.
  • Kerap bagi susu setiap 2 jam sekali dan pastikan baby buang air besar. Bilirubin akan dikeluarkan oleh baby semasa pembuangan air besar.
  • Tidur bersama baby waktu mlm 'co-sleeping' utk memudahkan bagi susu pada waktu mlm.
  • Jangan biarkan baby tido lebih dr 2 jam. Kejutkan baby utk menyusu.
  • Usahakan menyusu badan sbb susu tepung xmembantu dalam memulihkan jaundis berisiko.
Sekiranya baby xtergolong dalam jaundis berisiko mommies2 semua bolehla ikut petua org tua2 dulu :-
  • Jemur baby pagi2
  • Mandikan dgn bunga apa ntah beli kat kedai sensei
  • Mandikan dgn daun belimbing buluh dgn daun dukung anak (petua mak mentua sue dgn mak sue)
  • Bagi minum susu kambing (tapi cara ni sgt tak digalakkan sbb perut baby xbleh proses lg susu kambing)
OK habis cerita pasal JAUNDICE ni...harap2 dapat membantu mommies yang akan bersalin xlama lagi.

ARFA HUMAIRA : 2 MONTHS OLD
See u mommies in the next post....Have a blessed FRIDAY...XOXO